Nothing Special

Nothing Special

Sabtu, 20 Ogos 2011

Sepanjang Setahun


Salam Sejahtera....

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan, sehingga setahun kini. Ya, Setahun Sudah pemergian Arwah Bapaku Saji Bin Muhamad iaitu pada 22 Ogos 2010. Kepada yang mengenali beliau, marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Al-Fatihah...

Sepanjang setahun ketiadaan beliau dalam kehidupan kami sekeluarga, sememangnya susah untuk mengharungi hari-hari mendatang. Ini kerana kami kehilangan sumber pendapatan. Dalam keluarga aku, hanya arwah bapaku sahaja yang bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Kami bernasib baik kerana ramai yang menghulurkan bantuan serta sumbangan berupa wang juga keperluan harian. Di kesempatan ini, ingin aku ucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu meringankan beban, tidak kisahlah mereka terdiri diantara individu atau kumpulan atau sekelompok masyarakat atau organisasi.

Sepanjang setahun juga, aku turut memikirkan apa yang telah aku lakukan untuk membantu keluarga aku juga pencapaian aku. Seperti yang sedia maklum, pada enteri pertama aku, aku masih lagi belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan bakal memasuki Tahun 3 Semester 1 2011/2012. Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan kerana aku juga tidak punyai pendapatan sendiri. Hanya dalam beberapa perkara yang aku bantu iaitu membantu membayar beberapa ringgit bagi menamatkan pembayaran komputer riba.

Sepanjang setahun itu, adik kedua aku bekerja sambilan untuk mendapatkan wang saku buat dirinya dan Alhamdulillah, gaji yang diperoleh dapat digunakan untuk membayar yuran persekolahan dia. Kadang-kala, gajinya digunakan untuk membeli keperluan harian seperti sayur-mayur dan bahan mentah lain. Adikku ini bekerja beberapa minggu selepas pemergian arwah sehinggalah hujung tahun 2010. Ini kerana, adikku bakal menghadapi ujian terbesar SPM pada hujung tahun 2011. Adik pertama aku pula, menggunakan gaji yang masih ada untuk menyambung semula pelajaran di Tingkatan 6 di sekolah berdekatan Tasik Utara dan Alhamdulillah sekarang sudah berada di Tingkatan 6 Atas. Ibuku pula mengambil keputusan untuk bekerja di SKTDJ sebagai kemudahan untuk sesuatu pemohonan kelak. Ibuku mula bekerja bulan March 2011.

Sepanjang setahun ini, Alhamdulillah kami telah diberi bantuan kewangan untuk kegunaan seharian olah beberapa badan organisasi. Dalam pada itu, ibuku mengalami gaut selepas pemeriksaaan doktor pada awal tahun 2011. Aku sungguh terkejut dan tidak menjangkakan perkara sedemikian boleh terjadi. Aku berharap penyakit gaut itu boleh dikurangkan dan hilang kelak.

Sepanjang setahun ini juga, aku rasa tiada perubahan drastik yang aku lakukan. Ini menunjukkan pencapaian yang tidak baik. Aku hanya beriya-iya tetapi tidak melakukan sepenuhnya. Aku bernasib baik kerana keputusan aku kekal. Aku berazam sempena Ramadan ini, aku ingin mengorak langkah baru, walaupun sedikit perlahan, juga di kediaman baru bagi semester hadapan, agar aku dapat mempertingkatkan pencapaian aku. Juga aku berharap agar aku dapat memotivasikan diri dan lebih menginsafi di setiap hari yang mendatang.

Di kesempatan ini, aku ingin berpesan kepada semua pembaca (ade ke yang baca..?), SAYANGILAH IBUBAPA anda. Mohonlah maaf kepada mereka SETIAP HARI selagi mereka masih ada, hargailah mereka dan pengorbanan mereka, cuba untuk tidak menyakitkan hati mereka, bantulah mereka agar mereka juga mengingati kita dalam kehidupannya selagi masih berkesempatan. Jika anda tidak, suatu hari nanti anda akan menangis penyesalan dan ketika itu, anda tidak lagi berpeluang seperti yang saya telah lalui ini akan kehilangan bapa. Saya berharap agar saya dimaafkan atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan.

Sekian....



Isnin, 1 Ogos 2011

Puasa...!!!

Salam sejahtera...

Haa, esok dah mula puasa...
maknanya hari kita berlapar dan dahaga..
menghadapi ujian untuk rukun islam ke-3... betul x..??
so bukan nak cita pasal puasa...
sebab, pada aku semua orang islam tau ape itu puasa...
tapi nak cita apa yang berlaku sekarang...

apa yang terjadi..??
haa, aku sekarang ni sedang cuti sem...
sem seterusnya aku dah tahun 3...
nampaknya tak tercapai lah hasrat nak dapat 3.5 keatas...
sebab pointer aku dah begitu menjunam...
aku berharap agar suatu hari nanti undang2 bertukar...
bahawa nak 'repeat' subjek xperlu maxsimum requirement iaitu C-...
mane tak nya, aku punya result banyak dapat C...
harapan lah nak dapat 'repeat'...
harap bertukar lah sebelum aku tamat..

lagi, masa cuti nih, aku kerja...
aku tengah bingung ni...
harap aku dapat kerja yang gune masa pagi ke petang...
than gaji besar, waktu kerja pndek...
sebab kerja aku sekarang nih, jadi PK...
Pengawal Keselamatan...
susah ooo, kena jaga keselamatan murid2...
berat jugak tanggungjawab sebab jaga sekolah sesorang...
yang paling berat kena lintaskan murid2 tu...
aku igt nak tukar kerja kat KFC, lagi best...
gaji dibayar ikut jam, klu jaga u ikut hari...
entahlah... oh god please help me...
i really need to choose which one is better...

kalau korang mne korang pilih..??
Jaga: RM30 sehari, 12 jam kerja, 7pg-7mlm...
KFC: RM3 sejam, waktu bergantung pada manager...
boleh ler bagi pendapat nak pilih mane satu..??

ok lah semua, setakat nih lah cita aku...
dan problem aku sekarang 'which one..??'
oh ya, Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak...
Selamat Berpuasa, Selamat Bersahur....
Selamat Menghadapi Dugaan Ramadan....
Selamat Hari Isnin... hahaha

Sekian....