Nothing Special

Nothing Special

Jumaat, 27 April 2012

Patah Hati By Aliff Saji

Assalamualaikm dan selamat sejahtera semua...

Hatiku terguris...
Walaupun dirimu hanya berbuat demikian...
Aku tidak tahu kenapa ianya boleh menyebabkan aku patah hati...
Mungkin kerana aku banyak memikirkannya...
Mungkin juga aku banyak memendam rasa kasih dan sayang kepadamu...
Biasanya, aku tidak mengendahkannya..
Tapi sekarang, aku seolah-olah berat untuk berada jauh darimu...

Dan sekarang...
Ternyata kau sungguh membenciku...
Aku tidak tahu di mana silapku...
Beritahu diriku jika pernah engkau terluka...
Boleh aku cuba memperbaiki diri ini...
Jikalau dirimu benar-benar membenciku...
Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf darimu...
Aku minta maaf atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan...

Namun,
Sampai disini sajalah hubungan kita...
Aku tarik diri untuk membuka ruang hidupmu...
Agar dirimu menjadi lebih selesa tanpaku...
Walaupun hati ini terpaksa dibiarkan retak begitu saja...

Sekian, Terima kasih...


Selasa, 24 April 2012

Sungguh Sukar...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Korang tau tak kenapa aku sukar untuk melupakan seseorang yang sangat istimewa dalam hidup kita..??

Sebenarnya, aku meningkatkan tahap cinta atau kasih sayang itu, dengan menulis kata-kata hikmah "i love you" pada kertas...

Ternyata ianya sangat berkesan, sebab aku sendiri sukar untuk melupakan walaupun aku mengatakan aku mahu mencari yang lain...

Kata-kata yang ditulis pada kertas tu, jika dihitung dianggarkan lebih lima puluh kali...

Setiap kali kita menulis, kita akan cuba untuk mengucapkannya, so, semakin banyak kita tulis, semakin dalamlah perasaan cinta itu diukir...

Aku terasa ingin membuat rekod menulisnya dalam sebuah buku di setiap helai kecuali muka dan kulit buku...

Kepada orang yang dicintai, saya Muhammad Nur Aliff Bin Saji ingin memohon maaf kerana telah jatuh hati padamu... Walaupun aku sudah mengatakan bahawa aku mahu mencari yang lain, tapi hati ini masih lagi ada rasa cinta.... Aku hanya membuat sedemikian kerana ingin membuatkan dirimu selesa dengan situasimu...

Sekian, Terima kasih...