Nota Khas Buatmu.
Aku minta maaf jikalau aku membuatkan dirimu terganggu,
Bukanlah niatku untuk mengganggumu,
Apakan daya, hatiku tidak tertahan untuk mengatakan “i love u”,
Tetapi apa yang aku lafazkan pada hari itu, hanyalah “aku suka engkau”.
Aku tidak tahu apa yang engkau fikirkan, tetapi,
Aku cuba untuk memahaminya, dan aku masih tertanya-tanya,
Apakah engkau berperasaan sebagaimana aku berperasaan kepadamu?
Kenapa engkau mendiamkan diri apabila aku bertanya akan perasaanmu?
Aku ingin sangat tahu. Dan kebelakangan ini, aku seperti hilang semangat.
Apa yang aku lakukan aku rasa tidak kena, aku tidak tahu mengapa?
Juga aku ingin tahu, adakah aku ini mendesak?
Apakah kebanyakan yang engkau “post di fb” ditujukan kepadaku?
Apakah engkau mempunyai perasaan kepadaku?
Aku tahu aku bukanlah seorang yang romantik.
Aku juga tahu, aku tidak pandai untuk berbunga-bunga.
Aku juga tahu, aku tidak pandai berkata-kata.
Aku juga tahu, aku tidak pandai menggoda.
Aku juga tahu, aku tidak pandai berkomunikasi dengan baik.
Aku juga tahu, aku tidak rajin membaca, membuatkan aku tiada topik untuk berkata.
Aku juga tahu, aku seorang yang pendiam.
Tetapi, aku tahu, aku boleh menyimpan rahsia,
Aku tahu, aku boleh menjadi tempat meluahkan masalah,
Aku tahu, aku suka ketawa besar,
Aku tahu, aku suka bermain bola keranjang dan ‘rubik cube’,
Dan aku amat memerlukan tempat untuk aku meluahkan sesuatu, selain ibuku,
Engkau yang aku suka, aku tidak tahu kenapa aku jatuh hati denganmu,
Bila aku fikirkan kenapa aku jatuh hati, aku hanya dapat ingat sesuatu,
Dimana kita berada di darjah lima, kalau aku tidak silap,
Pada ketika itu, duit syiling engkau terjatuh dikoridor sekolah,
Dan aku cuba untuk membantu, walaupun aku hanya dapat mengambil sekeping syiling,
Dan ada kawan yang cakap “ko jgn bagi duit tu kat dia”,
Mungkin dari hari itu, aku jatuh hati denganmu, aku sentiasa ingat akan engkau,
Beberapa tanda, aku cuba memberitahu bahawa aku cinta engkau,
Cuba kau ingat kembali, ketika di sekolah menengah,
Sehinggalah aku berpindah sekolah teknik,
Aku berdoa setiap hari agar aku dapat bertemu denganmu sejak engkau berpindah.
Harap engkau dapat memberikan jawapan agar aku tidak tertunggu,
Banyak yang ingin aku ceritakan, tetapi cukuplah sehingga disini,
Nota Khas Buatmu, Orang yang aku sayangi.
Sekian Terima Kasih...
Sekian Terima Kasih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.