Nothing Special

Nothing Special

Ahad, 27 Mac 2011

Mengarut...

Aku pun dah lame gak x update, tp aku bukak hari-hari.... so aku nak mengarut suka-suka kat sini... ye la blog aku lagipun, aku punya suka la kan... hmm ape nk ngarut ek..??

entah la, xde idea r.... ok la, selasa depan aku ade test fluid... then aku masih jugak x study... malas sgt r... bile agaknya aku nak jadi rajin ni...

k lah, aku sje je nak ngarut supaya ada gak update.. hahahahahaha

Jumaat, 18 Mac 2011

Cinta dan Suka

Apa yang aku cite ni, semua pendapat aku, dan aku pun tidak merujuk pada mana ilmiah melainkan yang aku pernah baca... Dan cerita ini perasaan diantara lelaki dan perempuan atau sebaliknya...

Cinta merupakan satu perasaan yang terbentuk dari hati, yang sangat teguh, dan sangat susah untuk memeleraikannya apabila telah terbina... tetapi Suka pula ialah satu perasaan yang terbentuk apabila melihat sesuatu perkara yang indah..

Kalau kita Cinta pada seseorang, perasaan itu tak akan pudar walaupun orang yang kita Cinta itu melakukan sesuatu yang boleh melukakan hati kita, kerana Cinta juga boleh menjadikan kita seorang yang sangat berbeza dari segi perwatakan seseorang. Orang yang kita Cinta itu tidak akan pernah dilupakan walau kita berada dalam susah atau senang...

Manakala, kalau kita Suka pada seseorang, kita akan sentiasa tersenyum melihat dia. Jika orang yang kita Suka melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan hati, kita akan mejauhkan diri padanya, atau mungkin memberi nasihat... Tetapi jika orang yang kita Suka mengambil berat pada kita, dan berbaik pada kita, perasaan Suka itu boleh berubah menjadi Cinta.. Cuma Cinta yang terjadi dari Suka itu tidaklah seteguh Cinta yang semulajadi...

So memang perasaan manusia boleh berubah, dengan sekelip mata, tetapi perasaan Cinta tidak akan sekali berubah melainkan seseorang itu lupa akan Cintanya...

Rabu, 16 Mac 2011

Dua

Salam Sejahtera semua....

So lama jugak aku dah tak bukak blog nie... ala bukannya ada orang bace... aku tulis nie pun just wat cm aku punya diary internet la... skrg nie aku nak cite pasal tajuk kita tu... Dua... Dua ada pada nombor, kiraan, atau apa sahaja... Tapi Dua yang aku nak cite nie, ialah orang.... Sekarang nie dalam hati aku dah lekat dua orang... then aku tak tau lagi yang mana satu sememangnya cinta.... entah ada pada salah seorang dari dua orang tu, atau pada orang lain selain mereka...

Orang pertama, ialah orang yang telah aku kenal sejak aku berada di sekolah rendah lagi, yang aku pernah pos cerita sebelum ini... sekarang nie, aku dah senyap ngan dia, sebab perempuan yang komen kat wall facebook aku tu... yang paleng tak boleh bla mase tu, dia aleh2 tetiba pos komen kt wall aku pasal bende tu... dah la public gila.... agak-agak la klu nak tegur pun, klu nak kutuk ke, marah ke, atleast anta la pakai mesej... klu tak ape la sgt gunanya bende tu... free je plak tu anta mesej......

Orang kedua plak, ialah orang yang aku jumpe kat universiti nie... aku pun tak tau kenapa hati leh lekat, tapi asalnya, aku just boleh trust kt dia je mase masuk universiti nie... so memula, aku satu kumpulan ngan dia masa minggu haluan siswa... tup-tup, sekelas lak masa tahun satu, n lain kelas plak start tahun dua... aku dah pernah bagi tau, tapi keadaan masa tu, dia ada pakwe.... so aku plak just cam suka sebagai kawan je....

Tapi bila aku pikir balek, aku sendiri pun tak tahu, ape tu cinta... orang kata dari suka boleh jadi cinta... pepatah lak kate tak kenal, maka tak cinta... tapi aku dah kenal, cuma aku lom cukup konfiden dan masih belum mengerti apa itu cinta... banyak aku dah bace... banyak yang aku dah cari.... tapi aku tetap tak dapat nak tangkap lagi... tambahan, aku risau kalau aku tak dapat nak komunikasi dengan baik, tak dapat nak memberi perhatian yang cukup... tapi aku boleh menjadi pendengar yang setia...

aku pun tak tahu ape nak cakap lagi... aku berharap dapat dipertunjukkan apa-apa yang berkaitan dengan hal  ini... Sekian....

Jumaat, 11 Mac 2011

ingat

aku masih lagi belum dapat melupakan mu,
sungguh pun aku sudah lama tidak bertanya mu,
jangan kau sangka, aku sudah lupa,
sesuatu yang kita sayang dan kita selalu letak dalam doa,
tidak akan dapat di lupakan begitu sahaja,
melainkan dengan kuasaNYA, yang maha ESA,
dan aku akan sentiasa ingat akan mu,
kerana dirimu lah mula-mula lekat dihatiku...
dan sekarang, apa boleh ku lakukan,
hanya menunggu melainkan dirimu berubah perasaan,
berubah cukup lah untuk menyukai aku lebih dari biasa,
dan aku akan tetap sentiasa disini menunggu mu,
walaupun begitu, aku juga masih mencari,
mencari dan tercari-cari seseorang yang lain,
seseorang yang dapat mengganti dirimu,
tetapi tidak akan ku lupa dirimu yang pertama,
yang paling di ingati, dengan sedikit kasih,
aku cuba untuk menjadi sorang yang baru,
seorang yang boleh menceriakan kekasihnya,
juga seorang yang tidak terlalu jiwang...
aku harap agar dirimu terbuka hati,
untuk menerima diriku dengan perasaan baru,
perasaan yang penuh gembira buat ku kelak...
aku akau kembali untuk berdoa seperti biasa,
kerana dalam doaku ada dirimu,
semoga kita kekal bersama... amin...

Selasa, 1 Mac 2011

Hati Senang

haha, aku dh boleh senang hati, coz dah ilang satu beban...
beban yang aku pikul lame sangat..
tapi, hati ni maseh ingat...
mana boleh lupakan orang yang kita sayang...
contohnya, ayah kita....
tapi orang yang aku cite ni ofcoz bukan ayah aku...
so sekarang aku nk focus benda lain...
terutama my study... banyak perlu aku catch-up...
entah bila agaknya dapat master sume, aku pun x tau...
balek pada beban yang ilang tadi,..
memang rase terbang diudara...
hirup udara segar...
memang amat menggembirakan...
cuma cam ade rasa sedikit rugi r...
cam ne xrugi...
coz aku dah suka dia sejak sekolah rendah...
apa boleh buat, kita merancang, tuhan tentukan...
kalau DIA kata jadi, maka jadilah...
so bila dah rasa senang hati ni...
macam-macam kerja aku wat boleh jadi...
cuma klu part aku nk kene speaking...
hmm memang hampeh...
cam tadi pagi, ada interview...
aku jawab dah merepek meraban...
nervous punya pasal....
lagipun bahasa inggeris...
mmg aku xreti nak speaking ngan elok...
dah lepas interview ni pun, rasa senang hati...
alhamdillillah, minggu ni rasa free je hati ni...
so sampai sini je aku nk berkata... klu ade lg nnt aku post..


sekain, terima kasih.....