Nothing Special

Nothing Special

Jumaat, 18 Mac 2011

Cinta dan Suka

Apa yang aku cite ni, semua pendapat aku, dan aku pun tidak merujuk pada mana ilmiah melainkan yang aku pernah baca... Dan cerita ini perasaan diantara lelaki dan perempuan atau sebaliknya...

Cinta merupakan satu perasaan yang terbentuk dari hati, yang sangat teguh, dan sangat susah untuk memeleraikannya apabila telah terbina... tetapi Suka pula ialah satu perasaan yang terbentuk apabila melihat sesuatu perkara yang indah..

Kalau kita Cinta pada seseorang, perasaan itu tak akan pudar walaupun orang yang kita Cinta itu melakukan sesuatu yang boleh melukakan hati kita, kerana Cinta juga boleh menjadikan kita seorang yang sangat berbeza dari segi perwatakan seseorang. Orang yang kita Cinta itu tidak akan pernah dilupakan walau kita berada dalam susah atau senang...

Manakala, kalau kita Suka pada seseorang, kita akan sentiasa tersenyum melihat dia. Jika orang yang kita Suka melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan hati, kita akan mejauhkan diri padanya, atau mungkin memberi nasihat... Tetapi jika orang yang kita Suka mengambil berat pada kita, dan berbaik pada kita, perasaan Suka itu boleh berubah menjadi Cinta.. Cuma Cinta yang terjadi dari Suka itu tidaklah seteguh Cinta yang semulajadi...

So memang perasaan manusia boleh berubah, dengan sekelip mata, tetapi perasaan Cinta tidak akan sekali berubah melainkan seseorang itu lupa akan Cintanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.