sungguh pun aku sudah lama tidak bertanya mu,
jangan kau sangka, aku sudah lupa,
sesuatu yang kita sayang dan kita selalu letak dalam doa,
tidak akan dapat di lupakan begitu sahaja,
melainkan dengan kuasaNYA, yang maha ESA,
dan aku akan sentiasa ingat akan mu,
kerana dirimu lah mula-mula lekat dihatiku...
dan sekarang, apa boleh ku lakukan,
hanya menunggu melainkan dirimu berubah perasaan,
berubah cukup lah untuk menyukai aku lebih dari biasa,
dan aku akan tetap sentiasa disini menunggu mu,
walaupun begitu, aku juga masih mencari,
mencari dan tercari-cari seseorang yang lain,
seseorang yang dapat mengganti dirimu,
tetapi tidak akan ku lupa dirimu yang pertama,
yang paling di ingati, dengan sedikit kasih,
aku cuba untuk menjadi sorang yang baru,
seorang yang boleh menceriakan kekasihnya,
juga seorang yang tidak terlalu jiwang...
aku harap agar dirimu terbuka hati,
untuk menerima diriku dengan perasaan baru,
perasaan yang penuh gembira buat ku kelak...
aku akau kembali untuk berdoa seperti biasa,
kerana dalam doaku ada dirimu,
semoga kita kekal bersama... amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.